Thursday, August 26, 2010

10 LALUAN UNTUK MANUSIA


Ini sebenarnya lebih kepada peringatan terhadap diri sendiri.


10 laluan yang bakal dilalui oleh setiap manusia dari dunia hingga akhirat. Bertapa jauhnya jarak perjalanan tersebut bagi orang-orang yang tiada amalan atau bekalan yang cukup untuk bermusafir tetapi sebaliknya bagi orang-orang yang beriman. Bagaimanakah cara untuk kita mempercepatkannya atau memudahkannya?. Marilah kita sama-sama hayati dan amalkan.....

1. LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkanlah diri dari melakukan perbuatan mengumpat dan juga mengeji orang lain.
b. Hindarkanlah diri dari sifat PHD ( perasaan hasad dengki ) antara satu sama lain.
c. Jangan mudah terpengaruh dengan emas/perak.
d. Sucikan qada' hajat dengan istibra'

2. LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan banyakkan bertaubat
b. Gembirakanlah hati orang-orang Mukmin
c. Bayar semula qadha yang tertinggal
d. Kasih dengan sepenuh hati kepada ALLAH S.W.T

3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR & NAKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar dan mengajar ilmu-ilmu yang bermanfaat
b. Sucikanlah perkataan dan juga pakaian
c. Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi walaupun sedikit
d. Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh ALLAH S.W.T

5. LALUAN UNTUK MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkanlah diri dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH S.W.T
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6. LALUAN MELAUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia/wali-wali ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang-orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruhan ALLAH S.W.T
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH S.W.T

9. LALUAN UNTUK BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W
a. Kasihilah Nabi ALLAH S.W.T
b. Kasihilah Rasulullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH S.W.T
d. Banyakkanlah selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W

10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH S.W.T
b. Hindarkanlah diri dari menderhaka kepada ALLAH S.W.T
c. Betulkan dan baiki i'tiqad kepada ALLAH S.W.T
d. Bencikanlah segala yang diharamkanNYA.


"Kita hanya manusia biasa, yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu marilah kita sama-sama memperbaiki diri. InsyaALLAH mudah-mudahan kita dimasukkan bersama dengan golongan orang-orang yang beriman."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails