Wednesday, June 15, 2011

APC 2010

14 JUN 2011 -
Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam Perkhidmatan Awam adalah merupakan satu pengiktirafan dan anugerah yang diberikan kepada anggota awam yang mempunyai mutu dan penghasilan kerja melebihi dari keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Sebanyak 8% anggota perkhidmatan awam akan dipilih untuk menerima APC setiap tahun dari setiap jabatan awam.

Pada tahun ini (2010) - Seramai 44 orang staf PJB yang terpilih, yang mana dalam senarai diketuai oleh Pengarah PJB sendiri iaitu En.Shabudin bin Man. Mengikut rekod yang dimaklumkan, bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan APC kepada 1083 pegawai, termasuk 976 orang penerima dari politeknik & kolej komuniti.

Alhamdulillah... Syukur pada Mu Ya ALlah, kerana mengurniakan hamba rezeki yang tidak disangka2 ini. Sesungguhnya kalau diikutkan sebenarnya Ambe tidak layak menrimannya... tapi ... rezeki kan siapa yang tahu. Bak kata pepatah "REZEKI JANGAN DITOLAK, MAUT JANGAN DICARI". Terimalah seadanya... Bagi kawan2 yang belum menerima APC , bukan bermaksud anda semua tidak layak ye.. semuanya layak untuk menerimanya tapi mungkin belum sampai rezekinya. InsyaAllah semuanya akan merasa APC tu.. sabarlah menunggu ye....


Sebahagian sahaja yang sempat bergambar...
yang lain... hmmm.. mungkin dah naik bas...

Hee... Tahniah semua....



Sempat lagi berposing bersama pengantin baru..
Pn. Azlina bt Ahmad


Jom... marilah bersama2 menambah kecemerlangan perkhidmatan kita. Apa yang penting:

"BUATLAH KERJA KERANA ALLAH,
BUKAN KERANA MANUSIA @ SESIAPA"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails