Thursday, June 9, 2011

PENGALAMAN BARU 1 ...

Sebenarnya ini adalah entry yang dah agak lama, tapi belum up load dek kesuntukan masa. Lama ke... baru ke... tak pentingkan..... Yang penting pengalaman tu...

Pada 20 Jan 2011...

"Umi... boleh buatkan surat permohonan berhenti kerja tak?". Bila Ambe dengar rasa macam nak pengsan... biar betul ni... dah fikir masak2 ke dia ni... apa nak jadi dengan aku dan anak2 ni nanti, kalau dia berenti kerja... Isk..tak leh jadi ni... Macam mana nak buat ni...

Kalau dilarang makin berkobar2 nanti semangat nak berenti kerja tu... kalau ikut cakap... apa akan jadi ek... tak apa lah..cuba dulu apa yang dia nak..

Bila dia hantar surat permohonan untuk berhenti kerja...

"Umi... supervisor tak bagi berenti la.. dia suruh fikir masak2 dulu.. ambil masa untuk fikir...". (dalam hati... yessssss...ok apa tak jadi berenti...). "Dia kata daripada berenti baik ambil cuti tanpa gaji..." (haaaaa...tu dia jalan penyelesaiannya).

Akhirnya.. Cik Abang Ambe tu ambil la cuti tanpa gaji selama 3 bulan...

Nak tahu apa yang berlaku sebenarnya yang menyebabkan dia ambil keputusan terburu2 begitu sekali... ha ni dia penyebabnya...jeng..jeng..jeng...



Tok penat mengejar cucu...

Kali pertama pergi ke KEBUN GETAH (masa ni harga getah melambung tinggi - tu sebab sanggup berenti semata2 nak menoreh getah). Sebenarnya Ambe rasa begitu gembira sekali bila dia kata nak tinggal kat Terengganu - siapa tak suka kalau suami yang nak duduk di negeri kita oiiiiii...tapi Ambe tak setuju kalau dia nak berenti semata2 untuk "bidang baru" ni... belum masanya lagi... harga boleh turun naik sesuka hati & bila2 masa je...


Motor yang dibeli semata-mata untuk projek "toreh getah"

Bila balik kg...perkara pertama sekali pergi ke kedai motor...cari mana2 motor yang masih boleh guna.. ( biar betul suami aku ni...tak apa.. tengok je dulu apa akan jadi lepas ni).


Sedang memantau pokok-pokok getah yang ada. "Boleh ke aku buat ni.....???????" Sedang berkobar2 melihat sambil belajar menoreh getah.


Ayah... pengarah utama projek ni. Inilah tuk gurunya...



Hmmmmm.....tak sabar nak kumpul susu ni....


Seronoknya bila tengok susu menitik...


Arif sedang memerhati... "Boleh ke ayah menoreh tu!!!!!


"Eeeeee...tingginya yang ni, macam mana nak toreh ni???????"



Bapa yang pegang pisau, anak2 pulak yang menyibuk...



ha... tu la.. akibat tak dengar cakap orang..dah benjol dahi tu...


Tapi kan, orang kata... kalau nak buat sesuatu tanpa berfikir panjang... bahaya... ha.. ni salah satu contohnya... si suami hanya bertahan 1 bulan lebih sahaja. Bayangkan isteri & anak2 kat Johor ( susah nak handle anak2 nak pergi sek...hantar taska... dan lain2 lagi..terpaksa kejar masa...).

Si suami pergi ke "kebun" ikut waktu pejabat ( pukul 8.00 dah bertolak - sampaikan bapa mertua pun ikut bersemangat)... bila dah rasa bertapa susahnya cari duit (ikut musim)...dia mula mengalah... tambahan pula hutang masih banyak yang perlu diselesaikan. Kalau ikut musim macam mana la nak bayar .

Akhirnya dia mula ambil keputusan... BERHENTI... dan kembali kepada tugas yang asal. Nasib baik dia bercuti tanpa gaji... kalau berhenti... hmmm...tak tau la... SUATU HARI NANTI akan tetap pulang ke kg juga... tp bukan dalam waktu yang terdekat ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails