Sunday, May 13, 2012

BENGKEL PENYEMBELIHAN & PENGURUSAN JENAZAH

Sesi bergambar fasilitator & tenaga pegajar SATP

Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), dengan kerjasama Sekolah Agama Taman Pelangi, Johor Bahru telah menganjurkan Bengkel Penyembelihan dan Pengurusan Jenazah pada 12 Mei 2012 . Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkenaan berkaitan proses sembelihan menurut syariat Islam dan mempelajari cara mengurusakan jenazah.

Bengkel yang bermula pada pukul 8.00 pagi - 5.00 petang ini, telah dihadiri kira-kira 72 peserta dari kalangan pelajar sekolah agama berkenaan. Penceramah dan fasilitator adalah terdiri oleh tenaga pensyarah dari PIS seramai 9 orang dan dibantu oleh tenaga pengajar dari sekolah tersebut.


Sebahagian peserta yang hadir


Bengkel selama 1 hari ini dibahagikan kepada dua slot iaitu slot utk penyembelihan dan slot utk pengurusan jenazah.

SESI 1: PENYEMBELIHAN MENURUT SYARIAT ISLAM




Ust. Mohd Hamdi memberikan taklimat sebelum
pelajar memulakan praktikal penyembelihan.


Ust. Nizam: Tengok betul ye!!! jangan salah potong
Ust. Hamdi : Kalau ayam jantan ada biji...

berebut2 nak cari biji di leher ayam...

 
Tengok betul2 cara pegang ayam ni...

Pastikan kaki dan kedua2 kepak ayam dipegang betul2 sebelum sembelih


Ustaz: Pegang pisau tu betul2... jangan sampai terangkat...

 
Akhirnya .... telah berjaya "dikorbankan"

Bila dah pastikan ayam tu mati, barulah boleh dibersihkan.


 
SESI 2 : BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

Pada ketika ini, tenaga pengajar SATP yg perempuan sibuk membersihkan ayam2 yg telah disembelihkan. Ada yg kurang "berani" utk turut serta jadi model "jenazah"


Penceramah utama: Ust. Mohd Hamdan



Salah seorang pelajar yang menjadi model “jenazah”


 
Pelajar membuat praktikal solat jenazah

Membawa “jenazah” ke tanah perkuburan


Ini la tempat "jenazah" akan "dikebumikan"


Cenderahati drp PIS

Alhamdulillah selesai juga program yang dirancang ini. Terima kasih kepada KJ yang banyak membantu, sahabat2 yang sponsur sama ada dr segi tenaga, material dan juga semangat yg diberikan oleh kawan2 semua amat2 membanggakan. Tenaga pengajar SATP tak kurang hebatnya, terutama ustzh Aliyah dan kawan2nya. Semoga siratulrahim yg kita jalinkan tak akan terputus di sini. Alhamdulillah... walaupun penat tapi rasa amat2 berbaloi2.... semoga semua usaha dan jasa kalian biarlah Allah sahaja yang memberi ganjarannya.
















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails