Thursday, May 10, 2012

OPERASI 5S

9 Mei 2012 - Pertandingan Amalan 5S di peringkat jabatan. Eeee... takutnya, macam mana kalau nama naik antara tercorot dalam amalan 5S. Malunya.... Tak boleh jadi ni. Sebelum tu, kita semak dulu mengenai 5S ni , apa ceritanya??????????


Amalan 5S lebih merujuk kepada persekitaran tempat kerja yang bersih. Apakah maksud 5S???????  Sebenarnya 5S berasal drp perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke atau dalam Bahasa Inggeris Sort, Set in order, Shine, Standardize & Sustain. Atau Bahasa Melayunya bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa amal.

SISIH : Mengasingkan barang2 yang diperlukan atau sebaliknya. Jika tidak diperlukan, buang .
SUSUN : Menyusun barang2 di tempat yang sesuai supaya mudah untuk dicapai.
SAPU : Menyapu habuk2 atau segala kekotoran yang ada. ( Ini yg susah sikit nak buat )
SERAGAM : Meletakkan label pada barang2 yang digunakan cth. mengikut warna yang berbeza agar senang untuk membezakan.
SENTIASA AMAL : Semua ini perlu dijadikan amalan. Kalau tak amalkan memang tak berjayalah nampaknya.



Contoh bilik yang Ambe duduk ni...

Sebelum

Tak cukup meja, penuh dengan kertas... atas lantai????? Heee..


atas kabinet pun ada. Banyak sangat benda...


Selepas

Rasa tak percaya je... Ye ke ni?????????


Macam2 ada, semua peralatan yg berkaitan
dgn kain kafan & yg sewaktu dengannya...


Aik??????? mana ghaibnya ni... hanya tuannya saje yg tau



bersepah betul...


tapi akhirnya....


Ni la dia... nak buang macam ada nak guna...
ala simpan je la dulu... mana nak letak barang2 ni semua???


Jeng...jeng..jeng...


Semua member terkejut badak bila tengok... depa tak percaya apa yang berlaku. Maklumlah bilik ni jugak dijadikan tempat persingahan barang2.  Sekarang bila tengok bersih macam ni, macam tak percaya je. Tak lama pun dalam 2 jam je semuanya clear. Hairan bin ajaib ye.... benda kalau dah terdesak boleh je jadi w/pun last minit. Inilah salah satu drp cthnya. Semoga ianya akan dijadikan amalan. INSYAALLAH!!!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails