Thursday, February 18, 2010

Menggamit Rindu...

Sek.Keb.Batangan - Tempat pertama Ambe mula mengenal huruf. Terima kasih kpd semua guru yang banyak menabur bakti kpd anak bangsa. Antara nama guru ketika di sekolah ini adalah Cikgu Sulaiman ( BI ), Ustaz Omar ( Pend. Islam ), Cikgu Hassan ( Mate & Sains ) dan Guru Besar ketika itu Cikgu Mohammad. Alangkah rindunya... bila terkenang2 peristiwa yang berlaku di zaman persekolahan ketika itu. Tanpa guru siapalah Ambe pada ketika ini..... Terima kasih GURU!! Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian....










Bila kereta parking aje di halaman rumah Tok Ki nya , anak2 Ambe mula memainkan peranan masing2... Nampak tu... siap pegang kayu lagi...Ntah apa yang dirancang tu pun tak tau la...







Yang ni pulak cukup berminat dgn lembu... Almaklumlah di Taman Kota Masai, mana boleh pegang2 cam tu...






Bagi anak2 Ambe, ini le antara binatang yang boleh dipegang, dikejar & disentuh dengan mudah. Bila balik kampung mereka ni mula le lepaskan geram masing2....




Tengok la tu... Dah la dicekup ayam tu, dimasukkan pulak dalam guni... Kesian...kalau tak dikeluarkan ayam tu, tak tau lak apa yg jadi ....






Cantik pemandangan di Pantai Batu Burok ni. Ada kereta kuda lagi. Kalau nak naik kena bayar deh... bukan percuma tu...




Wau atau layang-layang bukan hanya di Pasir Gudang je yg ada tau... di sini pun banyakkkk...





Kuda sedang menunggu penumpang.






Aikkkkkk.... berkerut je muka tu... apa yg tak kena tu Linda... Mak kat belakang tu lain pulak ...Apa la yang buat dia tersenyum sampai ke telinga tu.... mungkin dia gelak bila tengok gelagat menantu lelakinya tu kot...





Haiiiii.... macam lepas geram je...






Anak sulung Ambe lepaskan geram di tepi pantai.




Wajah gembira seorang ibu...



Ombak sedang mengganas....



Antara wajah2 boring menunggu makanan yang lambat tiba....




Saturday, February 13, 2010

BALIK KAMPUNG!!!!!!!!!!!!!!

SERONOK!!!!!! Itulah perasaan yang Ambe rasa bila dapat pulang ke tempat kelahiran bila cuti. Alhamdulillah cuti Raya Cina kali ni, Ambe serta keluarga dapat pulang lagi ke kampung. Terima kasih Ambe ucapkan pd suami krn sudi bercuti bersama2 keluarga ni.





Sempat gak tukar driver. Tak pe Ambe sanggup jadi driver asalkan dapat balik kg. Hee...





Dalam perjalanan, berhenti di Masjid Rompin tp sayang tiada tempat untuk menjamu selera. terpaksalah cari tempat lain. Tak dapat makan dalam kawasan masjid, kami makan je di luar masjid. Jangan salah faham lak, masjid ni sedang diubahsuai & dalam proses penambahbaikan. itu sebabnya kami tak dapat bersantai.... ( Hee.... tak malu, masjid bukan tempat utk bersantai tp utk beribadah, betul tak?). Tengok le anak2 Ambe ni macam orang kelaparan je...





Termasuk le maknye punnnn......



Cantik tak pemandangan yang menghijau ni? Jika kita pelihara betul2... inilah hasilnya.




Pemandangan di sekitar Nenasi.




Tiba2... ada api. Rupa2nya ada kebakaran. Dalam cuaca panas terik macam sekarang mudah sangat berlaku kebakaran. Ambe nasihatkan pada perokok2 di luar sana, hati2 le bila nak campakkan putung rokok tu. Jangan buang ikut sedap je... ni le contohnya...





JAGALAH ALAM SEKITAR KITA. INGATLAH PEPATAH ORG2 TUA :

"Api ketika kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan".

Wednesday, February 10, 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 1

KURSUS TOT: TRAINING OF TRAINERS PENGURUSAN JENAZAH dianjurkan oleh Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang. Bermula pada 5 - 7 Februari 2010. Wakil dr Politeknik Johor Bahru adalah Wan Zakiah Bt Wan Yunus ( Ambe ), Dina Bt Abdul Khalik, Rohamiah Bt Muda, Zanarita Bt Abdul Malek serta Ustaz Mohd Hamdi B.Yaacob.
Kami bertolak dr Politeknik Johor Bahru (PJB) lebih kurang pukul 11.30 pagi. Itu pun setelah selesai program Tazkirah/Ceramah yang dikendalikan oleh Unit Agama JPA,PJB. Kami sampai ke Semporna Resort lebih kurang pukul 6.00 petang. Nak tahu siapa pemandu yang bawa kami ke sana? Jeng...jeng....

Tu ha... di bawah... perempuan Melayu terakhir yang bertudung purple. Pemilik kereta Ezora "Dina bt Abdul Khalik". Sedang mengandung 7 bulan ... Dr awal sampai akhir dia je lah yang jadi driver kami. Siapa2 yang tidur siap diugut akan dicampak di tepi jalan. Hee..


Peserta sedang kusyuk mendengar cerita yang disampaikan oleh Bilal Bakri dan Abah Rameli.

Antara penceramah yang mengambil bahagian:



Abah memang penceramah yang hebat. Maklumlah beliau telah menguruskan jenazah seramai 1200 orang (setakat kursus yang kami hadiri). Itu pun masa sedang beri ceramah pada kami masih ada "On Call" dari keluarga mangsa.




Masa memandikan jenazah ni, ada juga peserta yang menghilangkan diri kerana "kurang berani".

Menurut kata Abah Rameli, sesiapa yang menjadi model jenazah ketika dimandikan akan terasa sejuk yang amat. kata2 yang sama juga keluar dr mulut "Jenazah" tersebut.




Bagaimana agaknya keadaan kita bila dikafankan macam ni?

Tengoklah macam2 aksi ketika solat jenazah ni...

Sebelum berpisah, masing2 abadikan kenangan dalam sesi bergambar.



JUMPA LAGI DALAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2.

Tuesday, February 9, 2010

INSAFLAH!!!!!!!!!!

Alhamdulillah Ambe amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Politeknik Muadzam Shah. TAHNIAH!!! pada Suraini Hj.Ripin. Semoga pada masa akan datang ada lagi Kursus Pengurusan Jenazah kali ke 2.

Serba ringkas mengenai kronologi kursus ini.

Pada awalnya apabila kami di Jabatan Pengajian Am menerima pamplet berkaitan kursus ni, rasa teruja yang amat sangat nak pergi, tetapi bila malihat yuran penyertaan RM 300.00. Terkedu seketika. Walau bagaimanapun Ambe tak putus harapan. Ketua Jabatan (Pn.Farahdiba bt Md.Said) menasihatkan agar jumpa dengan TPA untuk dapatkan kelulusan. Bila jumpa dengan Tim.Pengarah Akademik (Pn.Hjh Nor Azian bt Ismail), beliau terus setuju. TERIMA KASIH PUAN HJH.NOR AZIAN atas sokongan yang diberikan. Akan tetapi poli hanya menghantar 2 orang sahaja wakil memandangkan bajet kewangan yang ada. Syukurlah dapat jugak. Yang lain2 nampaknya kalau nak pergi terpaksalah bayar sendiri. mana nak cari duit ni. Yuran je dah RM 300 belum lagi penginapan. Aduh....

Allah memudahkan segala2nya. Kerana kursus ni jugaklah ada yang tak berpuashati dengan Ambe. Ada yang mengumpat Ambe di belakang dan sebagainya. Akan tetapi semuanya itu tidak memberi kudis pun.... bukan apa. Jika nak pergi mana2 dengan perbelanjaan sendiri ni biasanya kita memerlukan orang yang sehaluan. Dalam erti kata lain orang yang tak banyak songeh... Kasarnya bahasa... tetapi itulah hakikatnya. Sebenarnya bayaran RM 300 tak berbaloi jika dibandingkan dengan apa yang kita dapat drp kursus ni. Bukan senang kita nak dapatkan kursus seperti ni. MORALnya jangan le kedekut nak keluarkan belanja untuk mencari/menambah ilmu.

Kali ni Ambe memohon kepada kawan2 sekalian, tengoklah gamabar2 di bawah ni, dan ambil iktibar. Gambar ni adalah bahan Kursus Pengurusan Jenazah baru2 ni yang melibatkan kemalangan. Semuanya ini adalah koleksi Abah Rameli bin Mat Yunus. Hayatilah dan insaflah....











































JUMPA LAGI DALAM TAJUK KURSUS JENAZAH. TUNGGU!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 3, 2010

Mana kawan... mana sahabat?????

Berdiri Belakang: Praba, Hosni,Nizam,Hafeez,Roslan,Hamdi & Zohdi (pindah)
Berdiri Tengah:Roslina,Rosmawati(pindah),Suhaila (pindah),Rohamiah,Rafidah,Nur Idayu,Ambe,Loo Sook Yee, Ainun,Intan,Jay,Noraini,Angela & Miryati (pindah).
Duduk:Nur Afifah,Dina,Liyana (pindah),Shah Rulbani,Farahdiba (KJ),Parahsakthi,Nor Haniza (tukar jabatan),Eliza(tukar unit),Faridatuljana & Noorulziwaty (pindah)





Ini le jejaka-jejaka yang masih wujud di JPA.


Sahabat karib diapit oleh anak2 "Kelate"



Ainoor & Nur Afifah


Itulah di antara staf-staf JPA yang wujud di PJB sekarang. Satu jabatan yang terdiri drp pelbagai negeri antaranya yang paling ramai adalah drp pantai timur iaituTerengganu, Kelantan & diikuti oleh Johor,Kedah dll. JPA termasuk dalam kategori 1 MALAYSIA sejak dari dulu lagi ni. Hee...mengangkat diri sendiri. Tp ingat Ambe ni bukannya jenis takbur....


Jika mana2 tempat, mana2 negeri, mana2 negara & mana2 ceruk rantau di dunia ni, sekiranya ada sikap saling bekerjasama, tolak ansur, tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira pangkat & kedudukan, bangsa serta agama, nescaya aman.... dunia ni. Bahagia hidup...
Jawatan ketua baik, ketua pengarah, pengarah, ketua jabatan, pengetua, guru besar, guru kelas, ketua kelas, suami dan sebagainya. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Mereka tidak boleh melaksanakan tanggungjawab tersebut sekiranya tidak mendapat kerjasama sepenuhnya drp anak-anak buah masing-masing. Tugasan mula terbantut dan seterusnya. Oleh kerana itu Ambe menyeru (amboi!!!!!! macam berdakwah lak) agar semua memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab masing2 dengan sebaik-baiknya. Jika timbul perasaan tidak puas hati maka perlu luahkan sendiri kepada sesiapa yang berkenaan. Jangan suka bercakap di belakang. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau ada yang salah perbetulkanlah. Jangan biarkan mereka leka dengan kesilapan. Kadang2 mereka tidak perasan bahawa mereka telah melakukan kesilapan.
















Saturday, January 30, 2010

KERETA...OH...KERETA!!!

14 Julai 2002 - Itu adalah salah satu tarikh yang penting buat Ambe. Ini adalah kereta yang pertama Ambe miliki dengan hasil titik peluh sendiri.

Sebelas tahun yang lepas...

Akhir Disember 1997 - Ambe mendapat surat tawaran posting ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, Jitra Kedah. Ambe perlu melapor diri pada 5 Januari 1998. Oleh kerana surat tawaran sampai lambat , Ambe tak tahu nak buat apa sebelum melapor diri. Kaget punya pasal sampai otak pun dah blur. Dalam kepala Ambe waktu tu hanya fikirkan politeknik ni cam ne? sekolah apa? Jitra kat mana? Kalau naik bas nak turun kat mana? Berapa jauh dr Terengganu ke Kedah? Sampai Kedah nak hubungi siapa? Ada tak no. tel kengkawan kat Kedah? Banyak betul persoalannya tapi jawapannya entah la dapat ke tidak...

Walau bagaimanapun yg penting cari tiket le dulu... Dah dapat tiket hanya Ambe je yg dapat pergi. Mak & Ayah terpaksa melepaskan pemergian Ambe dengan penuh kata nasihat...Alhamdulillah... sebaik sampai di Alor Star, Ambe tel. kawan . Busro namanya. Memang beliau banyak menolong Ambe pada ketika tu... Esoknya bila pergi ke Jitra tengok politeknik... mak oii... ni bukan sekolah. Siap ada Dewan Kuliah, Bilik Seminar dll. Bila jumpa pengetua waktu tu Dato' Hj Imran (kini adalah Ketua Pengarah)... malunya bukan kepalang... bila beliau bagitau mengenai politeknik yang sebenarnya. Yelah waktu tu politeknik tak banyak cam sekarang ni ha. Hee... masih nak membela diri...

Teringat kat kawan2 antaranya : Ust. Zulkifli, Ust.Azizan, Ust.Hanifah, Ustz. Rohana, Ustz. Jamilah ( dengar cerita sekarang dah jadi KJPA di Poli Perlis, Ustz. Ramlah, Kak Yusma, En.Mamsin, En.Zul dan ramai lagi. Maaf ada yang dah tak ingat nama lagi. Terima kasih kengkawan semua kerana banyak mengajar Ambe mengharungi liku-liku sebagai "pensyarah" padahal bagi Ambe ia adalah sama dengan "guru" iatu sama-sama mendidik pelajar, cuma di poli ni adalah pelajar lepasan SPM.

Pada 1.1.1998 Ambe melapor diri ke Politeknik Johor Bahru atau nama glamournya PJB (dapat tukar dgn alasan ikut suami). Sampai la sekarang. Pada waktu ni, rasa sangat keperitan kerana tiada pengangkutan. Sekitar PJB dikelilingi pohon-pohon yang menghijau dan makhluk2 yang bergayut, penempatan pulak kurang. Bas juga susah. Terpaksa menumpang kawan2, waktu tu terpaksa tebalkan muka berjalan kaki, malu nak offer diri kecuali mereka menawar diri utk tumpangkan sehingga ke pinggir kawasan perumahan yang dekat. Kereta ketika tu bukan tak de, tp lesen memandu pulak yang mengekang Ambe.

Setelah penat suami Ambe membebel supaya mengambil lesen memandu, barulah terkial2 belajar bawa kereta. Dapat le lesen tu. Dengan semangat yang suami berikan maka Ambe boleh le bawak kereta. Tapi jeng...jeng...jeng...hari pertama enjin mati di tengah2 jalan. Minggu kedua bila mengundur, dua tayar belakang masuk dalam longkang, minggu berikutnya Ambe langgar depan bas sebab tak lepas memotong... Banyak jugak le kenangan silam yang berlaku...

Akhirnya selepas bersusah payah, dan rasa diri agak2 mampu bayar ansuran, maka Ambe buatlah permohonan untuk beli 'WIRAKU' ni. Bukan apa kereta yang lama pun dah uzur. Maka bermula pada 14 Julai 2002, Ambe bawa WIRAKU ni berulang-alik kerja sampai le sekarang.

Semalam masa bawa WIRAKU nak pergi pejabat, Ambe bau semacam... hangit... dan keluar sedikit asap.... air-cond pulak panas semacam. Dalam keadaan berdebar-debar, terpaksa lah bawak ke bengkel... Huk..huk..huk... dari semalam duk kat bengkel sampailah tadi, melayang RM 50, 8 keping lak tu. Alhamdulillah selamat akhirnya. Mekanik bagitau Ambe, water pump dan radiator bocor, air kering dan banyak lagi le yang kena tukar. Alahai rupa2nya dah lama Ambe abaikan kesihatan WIRAKU ni. Bila dah jadi cam ni nampak gayanya Ambe kena prihatin pada WIRAKU lah nampaknya. Kereta...oh...kereta...


Friday, January 8, 2010

TERIMA KASIH TUHAN



Terima kasih Tuhan
Kerana masih memberikan aku kehidupan
Terima kasih Tuhan
Kerana masih menerangkan aku penglihatan
Terima kasih Tuhan
Kerana masih memberikan aku pendengaran
Terima kasih Tuhan
Kerana masih mengizinkan aku percakapan


Tuhan
Tanpa - Mu dalam kehidupanku,
Aku bagaikan sepucuk paku
Kerasku, bukan keras tubuhku,
Tapi kerasku, adalah keras hatiku



Tuhan
Tanpa penglihatan,
Aku bagaikan seorang yang buta
Tidak nampak akan kebesaran - Mu
Maka tidak kenallah aku dengan - Mu



Tuhan
Tanpa pendengaran
Aku seorang yang pekak
Tidak dapat menikmati laungan
membesar - besarkan - Mu
Maka tidak terasalah akan kekuasaan - Mu



Tuhan
Tanpa dapat aku berkat-kata,
Aku seorang yang bisu
Tidak dapat merasai kemerduan suaraku,
Kurniaan - Mu
Maka tidaklah aku merasai kebesaran - Mu



Terima kasih Tuhan
Kaulah segala-galanya dalam hidupku
Tanpa - Mu aku hilang segala - galanya
Dapat - Mu Tuhan
Aku dapat segala - galanya



Terima kasih Tuhan



Dato' Md Dakhiyar Amir

November 2009



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails