Wednesday, March 17, 2010

Bukit Layang2 - Pasir Gudang




Hari ni Ambe bawak anak2 pergi ke Bukit Layang-Layang, dah lama rasanya Ambe tidak ke sana. Itu pun setelah anak2 merengek nak ke sana. Kesian pulak bila mendengar rintihan mereka tu. Setelah beberapa syarat yang Ambe berikan sebelum bertolak ke sana dipatuhi , barulah Ambe beredar ke tempat yang mereka inginkan.





Untuk makluman para sahabat Bukit Layang-Layang adalah tempat yang dipilih untuk Program Festival Layang-Layang Peringkat Antarabangsa yang pernah diadakan di sini sebelum ini. W/bagaimanapun pada tahun ini Festival tersebut telah ditukarkan lokasinya. Maaf le Ambe kurang ingat di mana tempatnya. Hee...




Ini adalah salah satu tempat rekreasi yang sesuai untuk ahli keluarga beriadah. Setiap Sabtu pagi ada aktiviti senamrobik. Seronok tau, bagi sesiapa yang pernah mengikuti aktiviti seperti ni tahu le... tapi Ambe hanya sekali dua je ikut. Jangan salah faham lak, tak ikut bukan bermaksud tak suka ye, tapi segan sebab tak dapat mengikuti pergerakan2 yang diberikan oleh instruktor. Malu beb... Orang lain lancar je bersenam, tapi Ambe masih terkial2 ... Ni kelemahan diri sendiri ye... w/bagaimanapun jom la pakat ramai2 membakar kalori yg ada dalam badan tu. Hee... Diri Ambe pun apa kurangnya...






Di sini ada Muzium Layang-Layang, tp yang peliknya ramai orang luar dr Pasir Gudang yang datang ke muzium ni, tetapi penduduk di sekitar termasuk Ambe sendiri ada yang belum pernah masuk pun ke muzium tersebut. Isk..isk..isk... malu betul. Jika ada orang tanya dalam muzium tu ada apa? Tak tau nak jawab macam mana...




W/pun tak masuk, ber'posing' dekat muzium tu pun jadilah...




Ini le padang yang dijadikan tempat untuk 'melepaskan' layang2. Anak Ambe pun sama tp mereka hanya lari ulang-alik kat padang je. Malaslah nak layan 'permohonan' beli layang2 ni. Bukan apa, mereka ni bukan 'reti' pun nak menghargai... Bila dapat main le sekejap... tp lepas tu..buang...alasan tak ada mood. Bila tengok pengunjung2 di sini menunjukkan 'skill' mengendalikan layang2 tu seronok gak. Macam2 ada...





JADIKAN RIADAH AMALAN HIDUP KITA!!!!

Tuesday, March 16, 2010

Gelagat Hero2 Ku

Bila cuti sekolah anak2 semua tak nak duduk TASKA lagi. Mereka rela duduk kat rumah, lebih bebas katanya. Apa yang bebas Ambe pun tak tahu.

Cuti sekolah tahun lepas ...

Bila cuti sekolah mula aje, mereka mula merengek nak tinggal kat rumah. "Umi pergilah kerja, jangan risau la, Along dgn Arif tak buat apa2. Kami cuma tengok tv je. Along janji. Tak nak lah duduk kat TASKA. Boring...". Itu adalah janji2 yg diutarakan. "Ok, Umi bagi peluang kali ni, jika Umi balik dr kerja, kalau Umi tengok semua ok, esok boleh duduk kat rumah lagi...tp jika buat hal, Umi akan hantar kat TASKA seperti biasa. Faham!!!!". "OK, Along janji".

Ketika Ambe pulang sekejap, jengah mereka pd waktu t/hari, tiada apa yg berlaku. Alhamdulillah. Akan tetapi bila pulang dr kerja,tahu apa yang jadi... Mereka lari lintang pukang, kelam kabut seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Ambe buat tak tau je. Tapi bila suami Ambe pulang dr kerja , mula la dengar " Siapa punya kerja ni hah.. Habis dinding kat luar ni diconteng, pagar ditakik , cermin tempat peti surat dipecahkan...." Bila Ambe tengok, semua tiga orang anak Ambe duduk diam tanpa bercakap apa2. Seolah2 tiada apa yang berlaku.

Apa lagi mula lah sesi penyiasatan. Bab2 menyiasat ni Ambe serahkan kpd Si Bapa je. Dia memang pakar bab2 cam ni. Akhirnya, siapa yang bersalah , terimalah hukuman. Keesokan harinya, mereka terpaksalah duduk kat TASKA seperti biasa.


Cuti sekolah tahun ini ( 15-19 Mac 2010 )

Ambe ambik cuti selama 1 minggu utk bersama2 dgn hero2 Ambe . Kesian pd mereka. Alhamdulillah, cuti semester pelajar pd tahun ni sama pula dgn cuti sekolah. Jadi senang sikit bila mohon cuti. Maklumlah cuti hanya boleh mohon ketika tiada waktu P & P, kecuali ada sebab2 yg tertentu. Ini le antara aktiviti hero2 Ambe ketika berada di rumah.

Mula2 bermain dgn elok je.Hmmm..


Tengoklah apa yang dah jadi...



Bila mereka dah penat, macam ni le...
Setelah separuh hari asyik terperap di rumah je, Ambe bawak hero2 ni keluar ambil angin yg tak berapa segar dekat dgn Danga Bay. Tapi tak singgah pun, cuma bawak mereka pusing2 bandar Johor Bahru. Sebelum melangkah lebih jauh, perut perlu diisi terlebih dahulu. "Restoran Singgah Selalu" menjadi tumpuan kami.


Sabar menunggu....



Macam2 ada...



Hmmm... sungguh menyelerakan!!!


Setelah minyak penuh diisi,hero2 ni ambil peluang bermain.


Bila dah senja...pulang lah apa lagi. Heee....

Monday, March 15, 2010

Hari Pertama Cuti Sekolah

Ketika cuti sekolah, anak2 Ambe mengambil peluang mengikuti kursus, Ini lah di antaranya : KURSUS MICROSOFT WORDS 2007 yang dianjurkan oleh PUSPANITA dgn kerjasama JMSK (Jab.Matematik, Sains & Komputer ). Ini adalah program KOLABORASI yg dilaksanakan oleh pihak POLITEKNIK JOHOR BAHRU.






Surat tawaran yang dikeluarkan kepada para peserta





Faiz, Ee'in & Aiman sempat 'posing' sebelum masuk kursus.






Arif, Ee'in, Aiman & Faiz ber'posing' di halaman Taman JPA, PJB. Awat Arif dok sorang2 tu, bergaduh dgn 'depa' ke? Muka lak 'semacam' je. Jangan macam tu, tak elok bergaduh tau. Masa macam ni lah kita nak cari kawan seramai yang mungkin.




"Jom Arif.. cepat... kami nak bergambar"
Aiman, Faiz, Mirza, Muiz & Ee'in (Faiz & Muiz : Kembar )




Kad Ucapan yg dihasilkan oleh peserta.





" Hubungan anak dgn ayah".
Agaknya inilah yg dikehendaki oleh mereka.




Ingatan tulus ikhlas drp. anak Ambe






Ini pulak ucapan utk si Ayah






Tersentuh hati Ambe bila membaca kad ucapan ni...





Kenangan...hasil kursus
( Ini adalah kursus komputer pertama kali yg mrk hadiri )





Akhirnya bila lulus kursus, dapatlah "SIJIL"





Seriusnya muka Si Muhammad Aiman ni.




Rupa2nya sedang mencari idea utk menceritakan pengalaman kursus kpd si adik.






Muhammad Firdaus - Mendengar penuh kusyuk...

Friday, March 12, 2010

IBU BAPA DERHAKA

Jumaat ( 12 Mac 2010 ) ,Bertempat di DKU PJB


Satu tazkirah untuk semua staf Politeknik Johor Bahru ( PJB ) telah diadakan. Program ini adalah anjuran Unit Agama, JPA. Tazkirah ini bertajuk "IBU BAPA DERHAKA" yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Nizam B. Mohd Khalid.





Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, w/bagaimanapun kehadiran amat menyedihkan. Mungkin perkara ini pun berpunca drp pihak kami sendiri. Yang mana promosi yg dilakukan tidak menyeluruh bagi semua jabatan/unit. InsyaAllah, di lain kali kami akan war2kan di laman web http://www.polijb.edu.my/.

Di antara isi2 yg dibincangkan dalam tazkirah tersebut adalah mengenai ibu bapa yang tidak mejalankan t/jawab masing2 terhadap anak. Ini lah yang dikatakan IBUBAPA yang DERHAKA. Ini menyebabkan timbulnya masalah dikalangan anak2. Jika masalah ini berterusan ia boleh menyebabkan masalah gejala sosial dikalangan anak2.

Ibn Umar berkata: bahawa Rasullulah S.a.w bersabda yang bermaksud ”Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini , maka Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan membongkar cacat celanya pada hari kiamat di hadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal”

Al-Khyas ykhanbari al-Anbari berkata “Aku datang mengadap Rasululah dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya : Apakah ini anakmu? Saya menjawab : “Ya”. Baginda kemudian bersabda "Jangan sampai engkau menyakitinya dan jangan pula dia menyakiti".

Rasulullah bersabda yang bermaksud “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan itu . ( Muttafaq ‘alaih)


CIRI-CIRI IBU BAPA MUKMIN DAN PROFESIONAL

•Lemah lembut dan tidak kasar
•Sabar
•Penyayang
•Menjauhi sifat marah
•Bersikap sederhana dan seimbang
•Mempunyai kemahiran berkomunikasi
•Tahu mengenal pasti masalah dan menyelesaikan


HAK-HAK ANAK yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:

1- KEPERLUAN FIZIKAL
•Makan , Pakaian,tempat tinggal
•Minum kesihatan kemudahan kesihatan

2- KEPERLUAN AKAL
•Langkah awal- Ilmu mengenal tuhan,
•Langkah kedua- Ilmu akademik yang secukupnya

3- KEPERLUAN EMOSI
•Tip-tip untuk pengisian emosi ini:
1- Mengucup anak-anak dengan penuh kasihsayang
“ Rasulullah sendiri sering mencium,mendukung dan bergurau dengan anak-anaknya”
2- Bermain dan bergurau
3- Memberi hadiah dan kata-kata pujian
4- Membelai kepala anak-anak
5- Sering Bertanya Khabar dan berbual-mesra
6- Mendahulukan anak perempuan berbanding lelaki dalam belaian kasih sayang

4- KEPERLUAN ROHANI
• Pendidikan Tauhid –beriman kepada Allah dengan cinta, takut dan rasa diawasinya.
•Penyuburan cinta kepada Rasullalah dan keluarganya.
•Pengajaran al-Quraan dan hadis-hadis

Daripada Nu’man bin Basyir bahawa rasullalah bersabda dengan maksudnya :’ Sesungguhnya di dalam manusia itu ada seketul daging . Jika daging itu baik maka baiklah seluruh anggota badannya,tetapi sekiranya daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota badannya. Itulah (HATI) .

Wednesday, March 10, 2010

KENANGAN : KEMBARA MINDA JPA

KENANGAN istimewa bersama2 dgn pelajar khas PJB ketika mejalankan aktiviti KEMBARA MINDA JPA . Semua AJK terdiri drp pensyarah2 JPA serta dibantu oleh jurubahasa2 JH & JRKV.


Peserta yg paling ramai terdiri drp pelajar2 KRG




Pelajar2 KFP




Pelajar2 KHK




Ust. Roslan ( Pengarah Program ) & Hafeez
sedang menggagihkan baju kpd para pelajar.




Senyum.... je pengarah kita ni, bile lihat program berjalan dgn lancar.





Ust. Mohd Zohdi & Ust. Mohd Hamdi sdg sibuk membuat penanda buku




Ustz. Rohamiah & Ustz. Dina sdg memantau pelajar2 yg mengambil bahagian.



Pelajar2 mengambil baju di Dewan Kuliah Utama




Pelajar2 membuat pendaftaran





Sedang sibuk membuat kolaj.






Aktiviti 'Tresure Hunt'




Aktiviti "Melukis bahagian hadapan bangunan PJB"







Berebut2 utk mewarna






Inilah hasilnya....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails