Saturday, August 28, 2010

KURSUS CPCM : 26 - 29 Julai 2010

Assalamualaikum...

Sudah lama benar rasanya tak up date blog ni. Mohon maaf pada rakan-rakan serta keluarga Ambe yang sentiasa mengikuti perkembangan melalui blog ni. Sebenarnya masa selama 24 jam yang ada seolah2 tidak cukup bagi Ambe. Inilah kelemahan Ambe yang utama. Masa yang diperuntukkan oleh ALLAH sebenarnya sudah cukup buat hambaNYa, tetapi kerana kelemahan & kekurangan hambaNa menyebabkan tidak dapat mengatur jadual kehidupan dengan baik. Namanya manusia kan......



Salah satu dr kursus CPCM yang wajib diikuti oleh kakitangan kerajaan seperti Ambe ni.

Masing-masing tekun mendengar "celoteh penceramah" yang banyak memberi in put mengenai penyelidikan. Sebenarnya Ambe tak minat kursus-kursus yang macam ni, tapi nak buat macam mana, sudah tiada pilihan lain. Apa-apa pun tahu jugaklah serba sedikit mengenai penyelidikan ini. Hmmm... bila le nak mula buat penyelidikan ni.


Sebahagian peserta yang hadir dalam kursus CPCM kali ni.



Penceramah memang sangat berkaliber orangnya.



Apa pulak la yang dibuat oleh Encik Megat & Tn Hj Aziz ni? Orang lain beri tumpuan pada ceramah tapi depa berdua ni....




Sesi bergambar setelah kursus berakhir.



Terima kasih kepada "Politeknik Sultan Mizan" yang menjadi tuan rumah bagi kursus kali ni.








Thursday, August 26, 2010

10 LALUAN UNTUK MANUSIA


Ini sebenarnya lebih kepada peringatan terhadap diri sendiri.


10 laluan yang bakal dilalui oleh setiap manusia dari dunia hingga akhirat. Bertapa jauhnya jarak perjalanan tersebut bagi orang-orang yang tiada amalan atau bekalan yang cukup untuk bermusafir tetapi sebaliknya bagi orang-orang yang beriman. Bagaimanakah cara untuk kita mempercepatkannya atau memudahkannya?. Marilah kita sama-sama hayati dan amalkan.....

1. LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkanlah diri dari melakukan perbuatan mengumpat dan juga mengeji orang lain.
b. Hindarkanlah diri dari sifat PHD ( perasaan hasad dengki ) antara satu sama lain.
c. Jangan mudah terpengaruh dengan emas/perak.
d. Sucikan qada' hajat dengan istibra'

2. LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan banyakkan bertaubat
b. Gembirakanlah hati orang-orang Mukmin
c. Bayar semula qadha yang tertinggal
d. Kasih dengan sepenuh hati kepada ALLAH S.W.T

3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR & NAKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar dan mengajar ilmu-ilmu yang bermanfaat
b. Sucikanlah perkataan dan juga pakaian
c. Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi walaupun sedikit
d. Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh ALLAH S.W.T

5. LALUAN UNTUK MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkanlah diri dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH S.W.T
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6. LALUAN MELAUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia/wali-wali ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang-orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruhan ALLAH S.W.T
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH S.W.T

9. LALUAN UNTUK BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W
a. Kasihilah Nabi ALLAH S.W.T
b. Kasihilah Rasulullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH S.W.T
d. Banyakkanlah selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W

10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH S.W.T
b. Hindarkanlah diri dari menderhaka kepada ALLAH S.W.T
c. Betulkan dan baiki i'tiqad kepada ALLAH S.W.T
d. Bencikanlah segala yang diharamkanNYA.


"Kita hanya manusia biasa, yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu marilah kita sama-sama memperbaiki diri. InsyaALLAH mudah-mudahan kita dimasukkan bersama dengan golongan orang-orang yang beriman."

Tuesday, June 15, 2010

Cuti2...Malaysia...

Alhamdulillah cuti telah diluluskan bermula pada 9 - 18 Jun 2010. Kali ni cuti amat bermakna buat Ambe sekeluarga. Maklumlah dapat balik kampung, dapat jumpa keluarga & sanak saudara , terutama saudara2 yg tinggal luar dr Terengganu. Kali ni pengembaraan bermula dari JOHOR - TERENGGANU - PERAK - JOHOR.


11 JUN 2010 - PERJALANAN KE TERENGGANU


Ambe sekeluarga bertolak dr Pasir Gudang , Johor tepat pukul 6.00 pagi. Alhamdulillah sampai ke Kg.Batangan, Marang, Terengganu lebih kurang pukul 2.30 petang. Nasib Ambe baik kerana rombongan pengantin lelaki belum sampai lagi. Tunggu punya tunggu hampir pukul 4.30 petang pengantin sampai. Mak Andam pun dah balik. Nasib baik ada ahli keluarga yg agak pandai dalam bab2 andam mengandam ni.



Inilah majlis yg mengumpulkan semua ahli keluarga kami.


"Umi!!!Kejapla....Faiqah nak posing ni. Lepas ni baru Umi suap "


Pok Die: "Fatin!!!! Kalau nak tidur balik la rumah Tok..."


Suhayana:"Arif!!! Cuba senyum sikit gok...Buat macam Mak Sue ni"


Antara orang2 yg bert/jawab menjaga hidangan tetamu


Yg ni pulak, sukarelawan2 mencuci pinggan mangkuk


Memastikan pinggan & cawan cukup utk tetamu


Ini sepupu Ambe: ZULHAYATI IBRAHIM


Masing2 berposing dgn anak, Alhamdulillah!!!!bertambah lagi umat Nabi Muhammad. Hee...


Haaaaaaa.... amboi happy nya ZULIANA ni. Inilah wajah ceria seorang ibu. Dalam apa keadaan sekalipun pun..tetap maintain...


Keluarga pengantin sebelah perempuan, pakaian semua oren...


Alahai...ayunya pengantin posing: JUE & SHAH


Orang2 yg jarang2 sekali Ambe jumpa: NAN, YA & MAK CIK



12 JUN 2010 - MENGHANTAR PENGANTIN

13 buah kereta digunakan untuk menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Antaranya ialah keluarga pengantin sendiri ( 3 buah ), Ambe, Pak Die, Pak Su Nuar, Van Pak Yuki, Mat, Mek Ziah, Pak Mat Nong, Pak Razif, Pie & Zila.

Berkumpul sambil menunggu yg lain utk konvoi bersama dgn pengantin.

Sue & Arif sempat lagi posing.


Antara kereta2 kami yg ber'konvoi'. Tp malangnya bila sampai di bandar Kuala Terengganu, sebahagian drp kami telah terputus 'konvoi'. Maklumlah jalan pulak jam. Ambe pulak tak tahu mana tempat nak dituju. "Ala silap la pulak tak ambil kad jemputan utk jadikan panduan", "Kenapa kereta depan bawak laju sangat", "Kenapa tak cakap alamat rumah pengantin kat mana?", "Kenapa beri tak bagi taklimat dulu?" , "Kenapa nak pergi dgn kereta, sewa bas je kan senang" dan banyak lagi omelan2 yg keluar bila sebahagian drp kami mula berkumpul. Walau apa pun , akhirnya kami selamat sampai ke rumah pengantin lelaki dengan selamat, walaupun lewat sampai dr masa yang sepatutnya.



12 JUN 2010 - MALAM
(Dipaparkan sedikit dr aksi2 anak & anak saudara bila bertemu).


Firdaus : "Faiqah, awak ikut saya rukuk. Hah..cam ni.."
Faiqah : "Ala..susah le nak tunduk, cam ni boleh tak?"

Fatin, Firdaus & Faiqah cuba menunjukkan bakat masing2. W/pun tak seperti yg sepatutnya, tp kemahuan ingin melakukan solat telah ada dalam diri. Cuma ibu bapa perlu memberi bimbingan yg sewajarnya. Ingat Fatin!!! tutup aurat tu dulu baru boleh solat...


Fatin: "Firdaus cepatnya awak sujud..."
Firdaus : "Ikutlah cepat Faiqah..."
Faiqah: "Cam mana saya nak sujud? Rukuk pun tak betul lagi ni"



13 JUN 2010 - PERJALANAN KE PERAK

Bila dapat cuti sesekali cam ni, Ambe tak boleh fikir pasal keluarga sendiri aje. Keluarga mertua pun harus diambilkira. Pasal itu lah, walau pun masa balik kg hanya seketika sahaja, kami terpaksa terkejar2 utk pulang kedua2 tempat, kerana masa itu emas. Masa bertolak keluar dr Kg.Batangan menunjukkan jam 9.00 pagi. Agak2 pukul berapalah samapai kat Perak nanti. Hmm...



Lupa pula nama masjid ni : Jertih Terengganu



Antara pemandangan di sepanjang perjalanan ke Grik.



Kebun Bunga Tanah Merah - aneka barangan yg dijual di sini.


Kalau ikutkan hati, semua tempat ni nak dijelalajah. Tetapi masa...hmm..


Berehat sebentar menikmati pemandangan di puncak bukit


Sempat jugak Arif, Aiman & Firdaus posing


Tempat R&R yg baru tapi tak tau tempat ni nama apa?


Antara kemudahan yg disediakan adalah surau ni. Cantik, kemas & bersih


Tak tau kat mana silapnya, kami sesat pulak selepas keluar dr Grik terus menuju ke Baling Kedah. Isk...isk...Mana pulak le tempat yg boleh U-Turn ni. Rasa2nya td dr Tanah Merah hingga ke Grik tak ada pulak jalan yg mengelirukan, semua ikut jalan yg biasa. Tp kenapa boleh sampai ke Baling. Nak elak drp terus sesat perlu cari jalan keluar yg mudah. Apa lagi cari highway le senang....


Antara tempat yg Ambe jumpa sepanjang "kesesatan" kami.


Isk..isk.. dah menghala ke Tasek Gelugor ni. Waduh2....


Tak kan nak minta polis hantar kot. Hee...



Ikut je lah signbord ni..Kalau signboard ni salah, bertambah 'sesat' la kami.


Cantik pemandangan kat sini. Sawah padi yg menghijau. sejuk mata memandang.


Alhamdulillah, jumpa juga jalan yg dicari.

Akhirnya lebih kurang pukul 7.00 malam, baru kami jumpa highway ke Ipoh. Syukur alhamdulillah. Cukup semua negeri di utara kami jelajah dr Terengganu ke Kelantan terus ke Kedah, kemudian Pulau Pinang hinggalah ke Taiping Perak. Kami sampai ke Kg. Berchat, Bukit Gantang, Taiping lebih kurang pukul 9.30 malam. Satu perjalanan yg amat memenatkan, tp berbaloi2...

15 JUN 2010 - PERJALANAN KE JOHOR BAHRU

Seronok tengok budak2 ni bermain.
Salah satu kemudahan yg disediakan di R&R Sg.Perak



Hmmm... kuah satay. Makin bertambah lapar lak tengok ...


Ini lah Satay Hj.Samuri - Restoran Jejantas Sg. Buloh


Sempat jugak berposing kat sini.


Bila masuk je highway Pasir Gudang , jalan dah mula jam. Apa ke hal ni. Rupa2nya ada lori terbalik. Patut la jalan jam. Yg geramnya "kes" tu kat sebelah kanan, tp yg jam di sebelah kiri. Ini lah masyarakat kita. Bila ada kemalangan je, orang yg TOLONG LIHAT itu teramatlah ramainya,tp yg betul2 nak tolong tu tak de la pulak. Itu yg menjadi penyebab jalan jam. Hmmmmm...bila la nak ubah pesepsi tu agaknya.



Ambillah iktibar - BERHATI2LAH KETIKA MEMANDU

Friday, June 4, 2010

Jom!!! Makan...Makan...

Alhamdulillah, 4 Jun 2010 (JUMAAT - waktu Lunch) : Jadi jugak majlis makan2 yg dicadangkan dalam mesyuarat Unit Agama baru2 ni. Sebelum ni kecoh sikitlah pasal cadangan ni. W/apa pun semua masalah tu telah diselesaikan. Oleh krn ramai yg bersetuju utk "makan kat luar" sebelum cuti semester berakhir, maka Ambe pun turut sekali. Setiap orang perlu bayar RM 13. Ok la tu...



Ini la tempat yg dipersetujui. Taman Merdeka Johor Bahru




Asalnya nak bertolak secara konvoi, memandangkan ada yg tak tahu jalan ke Taman Merdeka JB tu, tp rancangan tersebut kantoi. Bila Ambe keluar dr kawasan JPA, tengok semua dah hilang. Rupa2nya hampir semua dah bertolak, tinggallah Ambe dgn beberapa org kawan yg lain. Huk..huk..huk... Tak pe la, asalkan kami sampai ke tempat tersebut dlm masa yg ditetapkan.



Sementara menunggu rakan2 lain yg belum tiba. Masing2 menunggu dgn penuh kesabaran. Maaf la, gambar kurang jelas. Maklum le orang yg ambik gambar ni pun bukan le mahir bab2 kamera ni pun. Janji ada gambar dah...



Aik! Tengok pd gaya demo ni makan, macam semua "tahan perut" je sejak tadi. Hee..gurau je.. jgn marah lak.



Makan sambil bersembang....



Sebahagian yg hadir majlis ni...sibuk dgn makanan masing2.



Makan la banyak manapun, asalkan jgn melampau dah..




Nurul Hana, Nora & Shikin : 3 Dara Pingitan tak sabar menimang anak. Sungguh ceria adik2 ni. Cepat..cepatlah dik! Kahwin...


Mimi Aineen - memberi tunjuk arah ke Taman Merdeka.
Itu la...lain kali kalau tak tau jalan.. cakap! Jgn diam je...



Apa yg disembangkan tu agaknya? Jgn mengutuk@mengata orang sudah le... Dosa Dik oiiiii!!!!!



Erkkkkk...kenyangggggggg!!!Alhamdulillah..
Jangan lupa lak ye, lepas ni Solat Jumaat...



Aikkk?...Tadi penuh makanan atas meja..
La ni dah kosong???????. Hmmmmm...



Apa yg tak puas hati tu Fidah oii? Serius je..
Sook Yee! makan kuih tu cepat..nanti kalau org angkat susah lak..



Macam2 lauk ada...Kalau nak tau lauk apa? Datang la sini...



Shah! Mengantuk ka? Tau la dah kenyang..jgn tidur kat sini lak. Hee...



Mak Sook Yee pun ikut sekali...Seronok!!!!!!!!!!



Huda!!! pilihla yg mana satu..Fifah..isk..isk..isk.. syoknya!!!!



Nasib baik kami datang awal...
Kalau tidak? Berebut2 dgn yg lain2..



Santai...Kalau majlis formal, susah sikit le...



Wajah2 ceria member2 dr Unit Bahasa...


Antara yg hadir "JOM!!!!!! Makan..Makan... ialah:

Ambe,Us.Roslan,Us.Nizam,Us.Hosni,Us.Hamdi,En.Azmi Asmawi, Hafeez & keluarga, Azmi Sanap,Zanarita & Adiknya, Rohamiah, Ainoor, Nur Idayu, Roslina, Rafidah,Masitah,Huda, Afifah,Nor Maheran, Sook Yee & ibunya, Mimi Aineen, Farha & suami, Nurul Hana, Norashikin, Nora & Juliawati


DAH MAKAN, TUNGGU APA LAGI??? BALIK LA PEJABAT SEMULA! JANGAN MERAYAU KE TEMPAT LAIN LAK...HEE...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails